vegasslots88 - Raja Perlis punya kuasa lantik MB
| Raja Perlis punya kuasa lantik MB |
Vegas - Raja Perlis punya kuasa lantik MB
Kemelut perlantikan Menteri Besar Perlis tidak boleh dibawa ke mahkamah sebagai penyelesaian, kata pensyarah Undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusniah Ahmad.
Katanya, ini kerana hanya Raja Perlis sahaja yang berhak menentukan siapa individu yang diperkenan oleh baginda untuk dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.
Beliau berkata, Raja Perlis akan menentukan pelantikan individu yang diperkenan oleh baginda untuk mentadbir kerajaan negeri seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.
"Yang mana Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikiran baginda mendapat kepercayaan ramai iaitu majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.
"Namun, Raja Perlis juga mempunyai kuasa untuk memperkenankan pelantikan individu yang dianggap mampu mempunyai kesinambungan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat tanpa perlu mengambil kira suara majoriti ADUN yang memilih sesuatu calon itu," katanya kepada New Straits Times Press (NSTP) hari ini.
Katanya, pemilihan seseorang calon dengan suara majoriti ADUN yang hendak diperkenan oleh Raja atau Sultan itu hanyalah bersifat tradisi semata kerana ia tidak membabitkan kuasa undang-undang.
"Seseorang individu itu perlu menjalin hubungan yang baik dengan pihak istana kerana kepentingan rakyat harus diutamakan terlebih dahulu dan bukannya peribadi.
"Jika pemilihan Menteri Besar itu masih berdepan jalan buntu maka diplomasi perlu dilakukan oleh pihak bertelagah dan menyerahkan kepada istana untuk menentukan siapa yang berhak menjawat jawatan Menteri Besar itu,' katanya.
Kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis bermula selepas Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menamakan ADUN Tambun Tulang yang juga adiknya, Datuk Ismail sebagai calon Menteri Besar baharu.
Bagaimanapun, Timbalannya, Azlan yang juga ADUN Bintong pula mendakwa tidak tahu dan tidak dimaklumkan mengenai cadangan berkenaan.
Susulan itu pada minggu lalu, Raja Perlis memanggil 10 wakil rakyat BN menghadap baginda dan difahamkan tujuan baginda memanggil adalah bagi mengenali lebih dekat semua wakil rakyat berkenaan.
Krisis berkenaan semakin buruk ketika Majlis Istiadat dan Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis yang berlangsung di Istana Arau apabila sembilan ADUN BN memboikot majlis berkenaan dengan tidak menghadirinya.
Majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ADUN pembangkang dari PKR dan PAS.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail secara rasminya melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua selepas menyandang jawatan berkenaan buat kali pertama pada penggal 2013.
Welcome To vegasslots88.com
100% Trusted Company, Janji Bayar!!
24Jam Services/Cuci/TRUSTED,
Jadi apa yang anda tunggu hubungi Cs dengan segera Vegasslots88 melalui :
Wechat : vegasslots88
WhtasApp : +601116272974
Livechat : www.vegasslots88.com
Keselesaan dan Kerahsiaan anda adalah PRIORITAS kami.
Comments
Post a Comment